Monday, 17 October 2011
Perkongsian....
Hati seorang wanita begitu lembut dan sangat mudah untuk terguris lebih-lebih lagi jika orang yang dia cintainya yang meninggalkan luka pada hatinya. Dalam dunia ini ada golongan wanita yang begitu setia pada cintanya tapi juga segolongan wanita yang hidup hanya untuk memainkan perasaan orang. Bagi yang begitu setia pada cinta, mereka merasakan bahawa cinta pertama adalah cinta yang perlu menjadi satu memory indah dalam hidup mereka. pada saya cinta dan sayang adalah 2 benda yang berbeza. cinta adalah abadi dalam hidup kita buat selamanya, dia yang pertama dan dia juga yang terakhir. contohnya kita mencintai ALLAH s.w.t, cinta kita sebagai hambaNya adalah cinta yang kekal abdi buat selamanya. tapi bila kita mencintai manusia, jangan melebihi cinta kita pada ALLAH s.w.t. Bagi saya, saya telah menemui cinta saya tetapi mungkin takdir telah menentukan segalanya dan mungkin bukan jodoh kami untuk hidup bahagia buat selamanya serta mungkin dia bukan lah yang terbaik untuk diri saya. Saya begitu mencintainya melebihi diri cinta saya pada diri saya sendiri tapi jika itu jalan yang dia pilih, saya tidak mampu untuk menghalangnya lagi. Saya redha dengan ketentuan ini walaupun saya merasakan begitu berat dugaan yang saya terima ini tapi apa kan daya saya sebagai seorang hamba ALLAH untuk melawan atau menyalahkan takdir yang telah di tentukan pada saya. Yang pasti ada hikmah di sebalik yang berlaku, dan saya perlu terima dan mengenalpasti apakah hikmah disebalik dugaan yang saya terima ini. ALLAH s.w.t tidak akan menduga seseorang hambaNya itu jika dia tahu hambaNya tidak mampu untuk menghadapinya. Sekarang saya perlu memulakan hidup baru tanpa dia di sisi saya dan saya akan sentiasa mengabdikan kenangan indah kami dalam ingatan saya serta saya tidakkan pernah berhenti mencintainya seumur hidup saya walaupun dia yang telah mengecewakan saya. Hati saya sakit dan saya bencikan dia kerana mengkhianati cinta saya pada dia selama ini. Yang pasti ALLAH s.w.t itu Maha Adil, sekarang saya rasa di aniaya oleh dia kerana di kecewakan tapi tidak mustahil dia juga akan menghadapi benda yang sama sepertimana saya rasakan sekarang cuma waktunya bila, saya pun tidak tahu tetapi saya akan tunggu. Kepada sesiapa yang membaca dan mengikuti blog saya, pesanan saya terutama pada wanita, jangan mudah untuk anda berikan cinta pada mereka yang tidak pasti akan menjadi teman sehidup dan semati anda kerana bila anda di kecewa oleh orang yang cintai tidak sama seperti mana anda di kecewakan oleh orang yang anda sayang kerana bila anda di kecewakan oleh orang yang anda cintai rasa kepedihan itu teramat sangat dan mengambil masa untuk pulih serta akan meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hati anda.
Saturday, 15 October 2011
Tentang diriku....
Aku di beri nama JUMIYATI BT SARAMAN
Aku berusia 23 tahun. Aku masih melanjutkan pelajaranku di Kolej Profesional Mara, Bandar Melaka. Aku mengambil bidang keusahawaan sebagai kerjayaku kelak. Aku anak jati negeri Selangor begitu juga ayah dan arwah ibuku. Aku mempunyai 8 orang adik-beradik dan aku adalah anak yang ke 7 so nk kata manja leh di katakan gak.. manje dengan arwah mak je.. pada awalnya aku ingat buat blog ini sebagai assignment aku tapi sekarang persepsiku berubah untuk menjadikan blog ini sebagai diariku dan tempat untukku meluangkan perasaanku samada di saatku gembira mahupun sedey... sampai sini je kot perkenalan tentang diriku... nk taw lebih kenalah jadi follower aku....hihihihi
Thursday, 6 October 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)